soal jodoh?? TEKANAN!!

PAGI SABTU YANG MENDAMAIKAN..Kreng! Krung! Kreng! <<< bunyi machine. Mmg bingit, tapi aku layankan je seperti melayan muzik rock n roll! Sudah terbiasa dengan suasana seperti ini, jadi ia bukanlah satu masalah yang besar. Masing2 sedang menjalankan tugas masing2, kenalah saling memahami dan menghormati. Rukun mesti kena jaga meh!

Hari ni aku kerja half day, lagi sedang berfikir nak hang out kt mana after ofis hour la nih. Td membe ada call, dia nak jumpa customer kt Port Klang ptg nih. Nk ajak lepak sekali la tuh. Tak kesah, lagipun dah lama tak jumpa dia, hampir 2 bulan tu! Tp parent aku msti kesah punye!

"asyik merayau je!"

..itu yang dorang cakap. Mmg betul pun, tp aku bukannya pergi tmpt tak elok. Paling2 pun lepak kt tesco, online dekat situ. Biasanya before jam 10 mesti dah sampai umah punya. Mana diorang tak bising! Pekakkan telinga je la<<< jgn lakukan ini, tak baek tau!

Smlm borak2 dengan IQC dan bos kt ofis aku ni. Ntah macam mana tiba2 diorang cakap yg aku ni macam tak sabar nak kawen je! Aku dah geleng kepala. Aku ada salah cakap ke? Rasanya xda. Aku cuma menerangkan situasi yang sebenar dengan penuh protocol, hebat lagi bergaya tersendiri. Mungkin semangat dan kata2 aku yang sgt berkobar2 tu menaruh syak kt diorang untuk melemparkan dakwaan seumpama itu. Aku? Senyum je la..

Ptg semalam aku ada ym dgn sorang mmbe aku ni. Mmbe dlm ym je, tak pernah jumpa pun. Agak 2 tahun gak la aku dah ym dgn dia. Dia ni suka ckp yg aku ni kasar, brutal, mcm jantan. Dari dulu smpai sekarang, ayat yg sama je! Then semalam dia ckp, eloknya aku ni kawen je, baru hilang brutal tu. Aku pun ia kan je.

“tp nk kawen dgn siapa?”

Itu persoalannya. Steady boyfriend mmg sde! Setakat kawan2 tu ramai la. Tapi buat masa ni aku ada sayang sgt2 kat sorang mamat nih, tapi nampaknya macam tak ke mana pun. Cuma aku yang syok sendiri, mmg la takkan ke mana pun!! Ok, sambung tadi.

“kawen la dgn aku! kita bercinta lepas kawen..”

Nampak mcm main2, tp dia kata dia serius. Again, aku pun iya kan je la..klu aku pandang tak serius nnt dia kecik hati pulak. Aku cuma ckp, klu btul dia mmg jodoh aku, aku terima dia seadanya, Siap suh bg dia masa tuh, nk prepare semua..mental, fizikal, zahir, batin, nurani..jadi, relatifnya adalah masa. Just wait and see je la..

Itu cerita petang semalam. Mlm tu dekat umah, tiba2 mak aku bg soalan killer punya!

“nak berkenalan dg seseorang tak?”
“siapa?”

Tapi dia tamau kasi tau siapa. Agak sentap jugak dgr soalan tu. Bila mak aku dah tny macam tu dah kira dlm kategori serius dah sbb before this mmg dia tak pernah tanya soalan macam tu. Dia kata nak kenalkan aku dgn seseorang, kire macam bakal suami la!!?? Dia kata aku ni suka merayau, tu yang dia nk cepat2 kawenkan aku tu, kasi ikat sikit kaki tuh. Aku tak jawab pun nak atau tanak. Tapi mak aku pun tak paksa, sebab tu dia tanya dulu. Mana tau aku dah mmg dah ada pilihan sendiri. Mmg ada pun, tapi itu kes lain.

Rungsing aku jadinya! Memang dah sampai masa untuk aku fikirkan semua itu ke? Kawan2, apa aku nak buat ni??

2 respon:

mellankolia | October 17, 2009 at 12:25 AM

berkenalan bkn kompem utk kawen..
mgkin jodoh ko lain cara Dia bg..
tak slh mencuba kan?

hanna manSeez | October 21, 2009 at 12:51 PM

btul3!! tapi wat mase skg ni aku plan tanak de pape komitmen dgn cinta selama 2 tahun..sbb, aku nk fokus bina kerjaya dulu, after that baru fokus bina yang lain pulak..moga Tuhan permudahkan jalan aku..yay!

Post a Comment

hari ni cerah tak??

Web Analytics