kena buang kerja saja meh!

MASIH di opis walaupun jam sudah melepasi angka 10 malam. 2-3 minggu ni mmg sgt lambat waktu pulangnya sebab kena prepare semua dokumen untuk audit ISO bulan 9 ni. CC, konsultan company yg dilantik dah 2-3 hari berkampung kat meeting room tuh. Boss pulak cuti, dia bagaikan permaisuri la dlm opis ni.

"Irwan, u punya dokumen semua sudah siap?"
"Angel, u tak boleh buat mcm ni meh!" [dlm dialek kantonis]
"Ierin, stockcard u ada problem.."
"Hanna, u punye stockcard, incoming checksheet, buy-off..semua belum siap! bila boleh bagi saya meh?"

..dan seterusnya..dgn boss sekali kena..

"En. Jani, u punye production schedule tak clear.."

Tahan telinga je la kalau dia dah start membebel.

"CC, kalau kami punya ISO tak lulus, u kena teruk tak?"
"tak teruk meh, kena buang kerja saja.."

GOSH! kami cepat2 kembali ke meja masing2..

0 respon:

Post a Comment

hari ni cerah tak??

Web Analytics