macam la aku KESAH??!!

[entri kali ni adalah sedikit panjang. jadi perlukan secawan kopi apabila menghayatinya..]

PAGI2 lagi aku dah dikejutkan dgn panggilan telefon dari boss aku. Kacau sungguh! Terganggu mimpi lena aku. Permulaan hari cuti yang sungguh tak indah. Huh! Nak tanak aku kena angkat gak..Hallo?

"Hah, pe cer?? Kena saman tak semalam?"

Aku mula garu kepala. Mana boss aku tau pasal kes smlm? Takde plak aku publish stori cam lahabau tu kat fesbuk or mana2 pun.

"Ala, cerita hot, mesti la cepat tersebar..P1 Wimax ada di mana2 skg ni.." jawab boss aku slumber, siap gelak2. Siut tol! Pagi2 tepon aku cuma nak tanya psl kes smlm. Ni mesti ada member opis aku yg nmpak aku sdg bermesyuarat tepi jln dengan encik pulis semalam ni.

Semalam aku ke tesco, saja jalan2 carik pasal dgn adik aku. Berdualah kami ke tesco dgn menunggang motosikal sbb kereta aku sampai skang tak keluar2 lagi [sedikit bengang di situ]. Memang aman damai la sepanjang perjalanan. Bila aku belok ke simpang nak masuk tesco tu, malang mula berbau, belum menimpa lagi..berbelas2 anggota jpj yang lengkap beruniform sedang menjalankan tugas!

Tak guna! Time2 camni la dia nk wat roadblock! Lagipun itu mmg port yang paling baek punya untuk program2 seperti itu dilaksanakan sebab confirm2 pengguna jalanraya tak boleh nak turnback or u-turn or masuk simpang mana2 sekalipun..Masuk kali ni dah dua kali aku kena tahan kat situ. Huh! Huh! Dan huh lagi!

"Keluarka lesen, i.c n roadtax ye.."

Aku cuma menurut perintah, cuma..

"err..roadtax tertinggal la.." haa, time tu lah malang mula menimpa. Tak bawak roadtax! Biasanya aku pakai motor bapak aku, roadtax memang ada bawah seat, tapi hari ni aku pakai motor abang aku. Datang la seorang encik pulis yang muda bergaya n hensem sket menyibuk ke tempat kami.

"hah, tak bawak road tax? apalagi, saman la!" Huh, tak guna! Harap muka je hensem, tapi busuk hati! Batu api buatan neraka jahanam!

"road tax ada tak?"

Ada.

"hidup ke mati?"

Itu tatau la sebab abang saya yang pegang.

"Tinggal kat mana?"

Meru.

"Siapa ada kat rumah? Suruh abg hantar roadtax. Motor kena tinggal kat sini selagi tak bawak dtg roadtax," encik pulis berhati busuk tu memberi kata dua.

Problemnya tak ada orang kat rumah sekarang ni.

"Tadi sebelum keluar kenapa tak mintak? Bukan susah pun. Cuma cakap -abg nak roadtax..ke curik2 guna ni?" Dia ni betul2 carik pasal dgn aku! Pergi la tahan orang lain! [sebab yang tahan aku kawan dia..kan aku dah cakap kat atas, tiba2 je dia dtg menyibuk!]

Bermulalah kekecohan yang dicetuskan oleh encik polis berhati busuk tu sehingga mengundang anggota lain dtg menghampiri. Dah macam artis dah!

Malas nak panjang2 kan cerita, segala butir2 aku direkod n alhamdulillah kali ni aku lepas.

"Lenkali bawak la roadtax. Kalau lepas ni saya jumpa motor ni lagi dengan kesalahan yg sama, sy saman!" Amaran tuh!

Terima kasih ye..

"Tak boleh selalu sangat terima kasih."

Aku senyum, kelat! Lantak ko la, asalkan aku lepas! Sebelum blah aku sempat melilau mencari kelibat encik pulis yg tampan bergaya tapi berhati busuk tu.

Aku dapat ko, siap la!!

Padahal roadtax motor abg aku tu dah lama mati! Hah! Lakonan aku masih mantap seperti dulu!

Actually ni bukan kali pertama aku ditahan polis akibat kesalahan jalanraya, tapi dah masuk kali ketiga dah! Biar aku senaraikan di bawah:

Cerita pertama..
Tahun 2007, time tu bulan puasa. Petang tu dah plan nak bukak puasa kat kuala perlis. Tiba2 Zara mintak tolong hantar pi umah makcik dia kat jitra. Nak kejar masa punya pasal, memang dah macam pemandu F1 aku bawak kereta. Otw nak balik dari jitra tu ada roadblock pulak.

"keluarkan lesen.." Aku pun bagi apa yang dia nak. Hati mmg dah berdebar2 sungguh, tapi aku wat2 cool.

"cik dah memandu melebihi hadlaju ni.. kena saman ni.."

Aku telan liur. Otak ligat berfikir. Bermulalah adegan pujuk merayu di petang yg hening tu n akhirnya kemenangan berpihak pada aku. Yay!

"Jangan lebih hadlaju lagi..nak raya ni.." pesan anggota pulis yg 'baik hati tu'. Aku senyum n blah!

Hati melonjak riang. Aku mmg bleh jadi pelakon handalan!

Hakikatnya, time tu aku masih lagi seorang pemandu berlesen "L"! Jadi, bagaimana aku lakukan semua itu?

Before keluar dari U, Fatea titipkan lesennya bersama aku, takut apa2 terjadi kat postguard nanti. Siap suh hafal no matrik n no i.c dia! UK kat cni bukan betul sgt! Lesen dia lesen kompeten yg dia da renew utk 5 tahun punya. So tiada sebarang foto melekat di lesen itu dan lesen itulah yang aku berikan pd encik pulis yg tahan aku lepas tu.

Mujurnya, dia tak mintak i.c aku sekali time tuh!

Jadi anda di luar sana jgn cuba untuk melakukan perkara yg sama tanpa pengawasan penipu handalan seperti aku..haha [gelak setan]

Cerita kedua..
Tahun 2009, aku, krol n epul bertandang ke pendang dengan menaiki 2 biji motosikal. Motor yg terlibat ialah motor krol n motor yg aku pinjam dari seorg kawan. Sebelum balik ke U kami bercadang untuk mendaki gunung jerai!! [konsep mendaki ialah dengan menunggang motor].

Epul membonceng motor krol manakala aku berseorangan. Walaupun ia tidak sesukar mendaki gunung kinabalu, tp ia still adventure! Hanya kami bertiga n mereka yg pernah mendaki gunung jerai dgn menunggang motosikal shj yg tahu dan rasa pengalaman ngeri itu. Tiba2..

"Ada polis kat depan!" Jerit penunggang motosikal yg baru turun dari arah gunung kpd kami. Kelam kabut kami mengenakan helmet ke kepala masing2. Seperti biasa, penunggang motosikal takkan terlepas dari sesi penahanan ini. [mengikut pengalaman aku encik pulis memang lbey suka menahan penunggang motosikal berbanding pemandu kereta or jentolak bagai]

Seperti biasa, lesen n i.c menjadi dambaan mereka sebagai mukadimah sesi penahanan ini.

"road tax?" Sudah! Kali ni aku kena. Aku cuba check bawah seat, mana tau ada road tax, tapi hampa..Aku mmg lupa gila nak mintak roadtax kat member aku sebelum keluar tadi.

Alamak, road tax tertinggal!

"Sengal la ko ni," krol mula mencarut.

"Macam mana boleh tak bawak road tax ni..," dan seterusnya. Apalagi? Kena bebel la dengan encik pulis tu! Tak kesah la, ko bebel la byk2 asalkan ko tak saman aku. Oleh kerana muka kami ni muka student n ada ciri2 budak baik, so....yay! lepas lagi!

Cerita ketiga..
Tahun 2009, kes semalam la..hosh!!

Itulah kesahnya..Kawan aku selalu cakap, dorang susah nak percaya aku sebab aku ni kaki menipu..aku tak kesah pun! Asalkan aku tahu apa yang aku buat!

Aku selalu cakap kat kawan aku, orang menipu atas sebab2 tertentu, yang dia tanak org yg dia tipu tu tau..

Dan aku tak salahkan dorang kalau dorang tipu aku, sebab aku berbalik kpd konsep di atas...hurm, lbey kurang camtu la..

Tapi jarang orang dpt tipu aku, sebab biasanya aku akan dpt trace..bila aku dah tau aku ditipu, aku akan biarkan diri aku ditipu, supaya org tu tak syak yg aku da tau sebab aku mengamalkan konsep pulangan berganda. Sekali org buat jahat dgn aku, berkali2 ganda aku akan membalasnya!

Kesimpulannya, JANGAN TIPU SEORANG PENIPU!!

[entri ni agak menshow-off kan siapa diri aku sebenarnya..macamla aku kesah!! huh!]

9 respon:

::h.i.k.a.r.i..k.a.m.i.y.a:: | December 26, 2009 at 9:02 PM

amboih.. abang 'polis' jiran sebelah umah tau tak keje ko nih?? heheh

Aku rase macam nak tls gak pengalaman kene tahan polis ni r.. huhu

Mohd Fakhrurazi Jamaludin | December 26, 2009 at 10:02 PM

i la abang polis yang hensem tapi hati busuk tue.wakaka.(semua tipu kecuali part hati busuk)

hanna manSeez | December 26, 2009 at 10:48 PM

hikari kamiya:
opkoz depa tatau!! mak aku siap cakap, naseb baek bukan pulis sebelah yg tahan..bikin malu saja!!

Razi:
finally ko smpi kt blog aku gak!! tp bile ko kate ko la abg pulis yang hensem tu terus aku ckp dgn diri aku sendiri,"hnya org tak hensem je yg ngaku diri sendiri hensem"! hoh!

cik EPAL | December 27, 2009 at 9:51 AM

panjang nyaaa.....kena tipu ke apa ni?? :)

hanna manSeez | December 27, 2009 at 11:54 PM

xde la..sy yg tipu dorang..haha!!

missiesya | December 31, 2009 at 1:26 AM

hehe.leh msuk pelakon dramatis dan popular ni..sebab pndai tipu abg polis.hehe

hanna manSeez | December 31, 2009 at 1:57 AM

nanti fasha sandha takleh carik makan pulak..huhu

Mr. tercabut | January 2, 2010 at 2:10 AM

alamak .. tetiba Mr. T pun ada dlm entri nie!! best2...
by the way, semalam Mr. T kene tahan polis ngan Riko n Pen.... new year punye kes la!!! angin nie!!
new look of HM blog!!!!

hanna manSeez | January 2, 2010 at 11:41 PM

thanks mr. T..opkoz la mr. T kena ada dlm cerita ni..

wah!! mr. T sambut nu year tak ajak pun..ni nak marah ni!! hoh!

Post a Comment

hari ni cerah tak??

Web Analytics