jiranku seorang MISTRESS! [part 1]

DINGIN betul malam ni! Aku tarik shawl yang tersangkut di bahu, melilit kemas ke leher..Dah terasa macam duduk kt Korea la pulak! Ala, kadang2 tak salah nak berangan..Betul! Memang tak salah kalau ia sekadar 'kadang2'..Tapi ia akan jadi salah n masalah kalau ia bertukar menjadi 'selalu'!

Seperti malam2 sebelum ni, aktiviti aku time2 camni ialah online!! After check sume email kt Yahoo! and Gmail, aku terus bukak diary online aku @ blog! Even rajin adalah bukan sifat aku, tapi aku still jenguk pe yg jadi kt blog aku tu everyday..Dgn kipas-susah-mati yang semakin hari semakin bertambah, bilangan tetamu yang meningkat dan komen yg pelbagai ragam. Karenah! Nway, thanx to all readers and bloggers kerana sudi menjenguk aku yang berjiwa sepi di sini.

Sejak2 join GB ni, aku mula kenal ramai blogger. And kalau ada masa terluang aku selalu gak jenguk pe yg berlaku kat page diorang even rajin adalah bukan sifat aku <---ulang statement di atas. Salah seorang blogger yang aku suke gile nak baca blog dia hari2 ialah Kid. Blog dia opkoz la cerita pasal life dia. Sempoi! Lagi dengan bahasa yang mudah difahami..

Semalam aku bukak blog dia <---kan aku dah cakap aku bukak blog dia hari2 [even Kid ni bukannya hari2 pun update blog dia]. Penemuan terbaru aku kt blog dia semalam betul2 mengocak hati aku utk wat entri ni. Kalau Kid tahu aku tulis pasal dia n blog dia kat blog aku, konfirm aku kena saman <---- dilarang mem'plagiat' hasil karya org lain [betul ke bahasa melayu aku ni?]

Entri Kid bertitle.."jiranku seorang MISTRESS! [part 1]" <---aku mmg teringin gile nak kongsi cerita dia yang satu ni dgn sume orang, xkesah la kalau at the end aku kena saman ke apa. Yang penting aku mmg nk kongsi! Sharing is caring n loving, meh! <---tiada kena mengena.

..jiranku seorang MISTRESS! [part 1]..

9.45pm! Shit! Memang celaka ko Gay-Ree! Kalau ko tak pujuk rayu aku teman ko tgk wayang after kerja tadi, aku takkan smpi rumah selewat ni! Rosak aktiviti terpesong aku malam ni. Esok kalau ko cuba pujuk rayu aku lagi, aku sepak ko!

Lepas bersihkan diri, aku amik laptop yang aku simpan bawah katil, takut kena curik! Padahal aku sendiri tahu security kat kondo ni sangat ketat, berkuasa dan berleluasa. Jadi jgn berani2 nak carik pasal dgn mereka!

Aku switch off lampu yang menerangi ruang utama, ushar line di balik pintu kaca yang bersambung dgn beranda. Selak sikit langsir tu, hah, lagi sikit, sikit lagi dan..yes! Itu dia. Bundar mata aku bila objek yang dicari sudah kelihatan. Senyum pun dah sampai ke telinga. Pelan2 aku buka pintu kaca tu, sedikit demi sedikit. Dah macam pencuri dah! Kat rumah sendiri kot! Itulah, mengendap lagi!

Ya! Itulah yang aku cuba sampaikan. Aktiviti terpesong aku setiap malam sejak 2 minggu yang lalu ialah mengendap jiran aku. Sebenarnya ia takdelah teruk sangat seperti yg digembar-gemburkan oleh pihak media sebab aktiviti mengendap aku ni lebih berkonsepkan siasatan. Aku tgh siasat siapa sebenarnya jiran aku tuh!

Dah setahun lebih aku menghuni kondo yang berpangkalan di kota damansara ni. Seriously aku mmg tak kenal siapa jiran2 aku. Bukan bermaksud aku sombong, ada jugak kadang2 aku terserempak dgn dorang kalau nak pergi kerja ke, balik kerja ke..tapi aku senyum je la, tak pulak bertegur sapa. Kira cam muka la, cuma tatau nama.

Satu hari pd 2 mgu yg lepas, aku dok lepak kat beranda luar rumah aku tu. Niat nak carik kedamaian la. Aku bukan selalu pun dok lepak2 kt luar rumah sambil hidup udara yg mmg langsung tak segar! Rupanya malam tu aku tergerak hati nk wat camtu sbb aku bakal jumpa sesuatu.

Aku bese kalau nak rasa kedamaian tu meresap ke dlm jiwa, mmg aku off sume lampu yg ada kat rumah tu [except lampu bilik air..dibuatnya tiba2 aku nk terkencing, xke memecut 100m gamaknya..jadi bayangkan klu sume lampu ditutup..!!]. Tengah2 aku syok layan iPod yang si Gay-Ree bagi masa bday aku 2 tahun lepas, aku nampak satu bayang2 kat beranda sebelah umah aku.

Fewitt! Awek!! Awek tu langsung tak perasan aku yang tgh dok perhati dia. Kan umah aku tgh bergelap! Tapi tak sangka plak rupanya selama ni aku ada jiran seorang awek! Ni mesti penghuni baru, sebab penghuni sebelum ni baru je pindah akhir bulan lepas. Kalau gtau si Gay-Ree ada awek tinggal sebelah umah aku, mesti dia sentap! Pastu start aa nk muncung2 sedepa dgn aku!

Lepas2 aku dapat tau aku ada jiran seorang awek, aku jd rajin balik kerja awal, means after kje aku terus straight balik umah la, takde melilau mana2. Si Gay-Ree plak dah start syak aku ada scandal baru sbb lately ni aku lebih suka menolak setiap ajakan dia. Huh, padan muka ko! Ko ingat aku anak ikan ko? Cuma tadi je aku dah terpaksa ikut dia. Si Gay-Ree tu, mmg kacau line betul!

Balik kat awek tadi. Fizikalnya awek ni standard size la, tak gemuk tak kurus, tak tinggi tak rendah. Dah aku kata standard tu standard la! Muka dia ok la, tak berani nk cakap lebih2 sebab aku perhati dari jauh jer. Rambut dia lurus paras bahu, ada fringe. Specky! Itu je kot. Aku tak rasa dia stay kat situ dgn family dia sbb...sbb mmg aku rasa dia bukan stay dgn family dia la! Aku cuba nak cam muka dia, mana tau kalau2 siang hari aku de peluang terserempak dgn dia, bleh bertegur sapa. Tapi macam takde peluang langsung jer! Dia ni tak keluar rumah ke? Takkan dia tinggal kat umah tu sorang2? Sapa nama dia? Study lagi or dah kerja? Asal mana?

Tiba2 aku terpikir. Ntah2 dia ni sbenanya mistress! Sebab tu la dia tak kua umah, takut sugar daddy dia marah! Rasanya pemikiran aku tu betul la! Dan disebabkan pemikiran songsang aku tu la buat aku terpengaruh utk melakukan aktiviti terpesong ni.

Hah! Aku berjiran dgn seorang mistress ke??

Bersambung.....

Itu part 1 "jiranku seorang mistress" yang diceritakan oleh Kid. Aku jadi sedikit bengang bila tertera perkataan 'bersambung' kat bawah tu. Means aku kena tgu cerita selanjutnya la! Kid ni sengaja buat pemfollow setia blog dia cam aku ni ternanti2. Benci!

Kepada Kid, kalau tiba2 ko terbaca entry aku yang fully memplagiat hasil karya ko ni, harap ko maafkan aku. Lagi satu, aku nak mintak tolong, tolong cepat2 launch part 2 cerita ni! Aku dah tak bleh bersabar lagi dah. Itu sj pesanan aku.

Di sebalik tabir...

Bila aku mula terfikir utk menaip entry ni, aku betul tak dapat menjangkakan apa respon pembaca. Biar aku berterus terang, cerita di atas adalah rekaan semata2! Aku bukan berniat nak menipu pembaca dgn mereka cerita seperti ini. Sama seperti mencari publisiti murahan dgn menggunakan tajuk yang agak menjolok mata, mmg tiada niat! Jadi apa yang aku cuba buktikan??

Begini..Salah satu hobi aku ialah menulis. Since sekolah lagi aku dah menulis beberapa cerita, tp sayangnya hanya dua sahaja yg aku sempat tamatkan. Yang lain semuanya terbengkalai. Faktor masa, malas dan tiada mood lah yg mendorong kpd fenomena ini. Jadi utk satu tempoh yg agak panjang, aku tidak lg menulis. Peminat setia hasil tulisan aku @ kawan2 aku agak kecewa dgn keputusan drastik yg aku amik. Lama kelamaan mereka semakin lupa yang aku pernah menjadi seorg penulis suatu ketika dulu.

Satu hari, salah seorang kawan aku berjaya trace url blog aku dan sempat meninggalkan komen..

So, u r here! Dah lama tak baca hasil tulisan ko!

Dan itulah yang buat aku rasa aku nk kembali menulis..Jadi aku pertaruhkan kisah "jiranku seorang MISTRESS!". Aku pun tatau kenapa tiba2 idea cmni yg muncul. Aku layankan jer..Bunyi seperti agak terlalu meng'ada'2kan cerita, tak real..memang sengaja cari nahas nk kena tabur dgn pembaca. Tapi aku tak kesah sbb ini percubaan pertama aku selepas beberapa tahun berhenti menulis.

Kamu semua, patut ke aku teruskan dengan "jiranku seorang MISTRESS! [part 2]??

0 respon:

Post a Comment

hari ni cerah tak??

Web Analytics