ber'Earth hour' di KLCC!

DARI dulu lagi boss aku [time aku keje MOCA dulu] ajar ktrg hari sabtu adalah hepi hour! Kerja separuh hari je kot! Dan disebabkan ajaran itulah maka aku mengamalkan konsep bahawasanya setiap hari sabtu adalah hepi hour..yay!


Lagi sgt hepi bile hepi hour diraikan bersama.......


After class, terus pujuk Guaq turun shah alam pick Ekan yang masih tersangkut kat uitm. Asalnya aku dah suh dia jumpa aku kat Capsquare terus, malangnya program dia tak abes lagi.

"ko lari aa..takkan nak tgu sampai abes..," aku mula memberikan cadangan bernas.

"mana aku tau nak lari ke mana, klu tanya orang kang kantoi plak aku lari.." hmm, betul gak! Nampaknya aku gak yang kena bawak dia lari.


"Jammed la..nanti tak sempat nk masuk kl balik before 8.30," tanpa belas kasihan Guaq menolak cadangan aku. Allo? Takkan aku nk tinggal Ekan kan? Pujuk gak smpi dia setuju dan akhirnya kemenangan berpihak pada aku..yay! And luckily sempat smpi klcc before 8.30 setelah kereta di'speed' ke tahap kelajuan membunuh. Sedikit gerun di situ.


Smpi klcc terus carik port, dok berteleku atas jambatan yang ada kat tmn klcc tuh. Tepat 8.30 mlm lampu pun dipadam. Tiada satu pun gambar yang sempat di'snap' cz masing2 tiada camera yang canggih bagai untuk dipertontonkan. Semua kenangan indah tu hanya mampu dirakamkan oleh memori masing2 <---ayat takleh blah.


Sambil menunggu detik lampu dipasang kembali, byk aktiviti yang telah kami lakukan seperti terjun kolam gaya bebas, lumba merangkak ke belakang, teka kaler spender visitor yang lalu lalang dan sebagainya. Tapi itu sume adalah tipu belaka <---motif? bagi entry ni nampak panjang sket.


Malam makin kelam, suara cengkerik dan manusia ber'kekek' an saling bersahutan. Aku merenung jauh ke langit, memerhati bulan yang sedang memantulkan cahaya sang matahari, terang di mlm hari <---sila jgn tertipu oleh khayalan sendiri..bulan tidak bersinar, okeh!


Pandang keliling lagi, terlihat satu bangunan berdiri gah berhampiran klcc. Di puncaknya tertera simbol seumpama kipas lipat yang sedang dibuka [ ala, cam kipas yang selalu time kenduri kawen org bagi asdoor gift tuh].


"Eee, macam kicap kipas udang punye simbol," aku berkata riang, memecah keheningan malam. Semua mata memandang ke arah itu, serentak.

"lebey kurang aa..," sahut seseorang, agak hambar. Sedikit small heart di situ. Choi!!


Aktiviti menggosip dan mengumpat diteruskan dan menjadi semakin rancak. Suasana juga menjadi semakin hangat. Tidak terasa even sedikit angin sepoi2 bahasa menampar2 pipi <---ayat gile skema!

Bertambah hangat bila adanya orang hot macam aku di situ..yeww~


Tiba2, Ekan bersuara..

"tau tak kenapa panas gile kat sini?" tu dia soklan cepu emas dah kuar..Aku, Guaq and Nadia berlumba2 memberikan jawapan masing2, penuh dgn emosi ketidaktentuan beserta logik akal dan relevannya fikiran.

"salah! salah! salah!" dgn bangga dia menentukan jawapan kami. Terasa diri begitu hina dan segala ilmu yg telah dipelajari di menara gading hanyalah sia2. Akhirnya semua mengalah.

"Sebab...kipas tu tak berfungsi, sebab tu panass!" jawab dia selamba sambil menunjuk ke arah simbol 'kicap kipas udang' yang aku perkatakan sebelum itu.

Sial! Aku bengang gile! Huh! Memang dasar jamban sengal!!

0 respon:

Post a Comment

hari ni cerah tak??

Web Analytics