kerana mereka LELAKI [part 1]

TUNGGU masa nak abes class..petang2 jumaat ni mmg malas da nk blaja..dah mood happy hour la katakan..Sedikit hepi coz tadi Ekan call and said that dia akan turun KL malam ni! yay <--melompat riang [and da plan nak jumpa esok..]

Untuk tujuan penuhkan masa aku yang agak lapang [sebab aku dah malas nak dengar pe yang Ben cakap dan bercadang nak buat pelayaran solo], aku macam nak tulis pasal budak2 laki dalam class aku <---sila jgn salah paham..aku memilih utk tulis entry pasal budak lelaki shj sebab kuantiti lelaki dlm class aku adalah sgt sedikit shj, jd tiada masalah..kalau budak2 perempuan, cnfirm smpai taun depan aku tak abes tulis!

1. ZULHAFIZ a.k.a astro tower
Lucky no. 1 coz mamat ni duk sebelah aku. Suka buat aku bengang smpi rasa nk marah je! Tapi aku terpaksa sabar sebab takut semua susuk aku terbang keluar klu aku marah. Terkenal dgn panggilan 'astro tower' cz dia kena jd astro tower each time ktrg wat cheer. Sgt kurus! Dan juga paling tinggi dlm kelas. Jadi kamu sendiri boleh bayangkan fizikal dia. Kaki download! Kalau boleh semua mende dia nak download! Naseb baek aku ni bukan software, klu tak dgn aku2 sekali dia download! Ooh, sgt pemalu juga! Slalu kena attack dgn Ben and secara tak sengaja aku pun kena attack skali! Choi~

WHAT'S HE DOING RITE NOW: baca manga online kegemaran dia ---> digimon adventure <--- dari dulu smpi skg tak abes2 baca!
TAHAP KESENGALAN: suam2 kuku..masih boleh dikawal

2. SHAHRUL a.k.a azroy
Dia gile suke guna nama tu. Bajet casanova aa..padahal tahun depan dah nak kawen dah! Aku sedikit bengang dgn mamat ni cz dia ckp dia lahir tahun 1984. Aku pun percaya plus dia nampak agak matured. Lama gak aa aku percaya dia ni "abang" smpi la satu hari tu aku dapat tau sebenarnya dia sebaya je dgn aku! Memang sangat choi!! Nampak macam orang baik2 gituh, padahal! Hanya tuhan saja yang tahu..Ooh, dia ni darah sealiran aku..aliran apa? Tak perlu lah aku gembar-gemburkan di sini..Biar kami dan mereka saja yang tahu.

WHAT'S HE DOING RITE NOW: mengadap pc sambil membebel sorang2..
TAHAP KESENGALAN: agak mencabar! tapi still under kontrol

3. YUSRI FIRDAUS a.k.a guaq
Aaa, mamat ni takleh nk komen lebey2, tak pasal2 nt dia small heart pastu terus tanak tumpangkan aku g class. After 31 mac nanti baru aku bleh komen dia lebey2 [cz 31 mac baru abes training]. Selalu ckp aku ni berimaginasi tinggi, macam budak2! Memang pun! Haha! Tapi dia pun sama je! Bezanya cuma aku selalu [kot] and dia kadang2 [jer]..Paling takleh blah kalau dia dah start buat gaya prediator tu..Rasa menyesal plak ajar ni buat gaya yang tidak elok dipertontonkan di khalayak ramai itu. Agak baik hati <---sebab tumpangkan aku g class [puji yang tiada keikhlasan]. Orang Guar Cempedak! Dats y org panggil dia Guaq! Bile dgr dia ckp dlm loghat utara, rasa cm ada kt uum jer..wah! rindunya pada mereka <---secara tiba2

WHAT'S HE DOING RITE NOW: menonton video yg Ben sdg pasang..aku mmg langsung tak paham video tu pasal pe..Klu tiba2 dia tanya aku apa isi video tu, cnfirm aku nganga!!!
TAHAP KESENGALAN: tak perlu dirisaukan..takleh lawan aku lagi

Ops! Kena stop sebab class tiba2 abes..

to be continued...

[tiba2 rasa excited coz Ekan nk balik KL tonite! yay!]

0 respon:

Post a Comment

hari ni cerah tak??

Web Analytics